Showing posts with label Mad itu gila dalam bahasa Melayu. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Koleksi Lampau

Dulu-dulu aku suka baca Gila-Gila. Hampir setiap bulan beli majalah lawak ni. Kakak pulak beli majalah Ujang. So rasa best time tu, kami dapat exchange sesama sendiri untuk baca benda-benda berfaedah *sila jangan batuk* macam ni.

contoh cover majalah...

Sebab time tu rasa best dan cool jadi pelukis kartun atau komik, aku pun ada menyimpan cita-cita nak jadi pelukis komik lawak. Rasa best apa, boleh ekspresikan pandangan melalui kedua-dua lukisan dan perkataan.

Jadi, pada suatu hari, semasa aku masih 17 tahun ker 18 tahun aku dah lupa dah, aku pun ambik kertas dan cuba buat satu comic strip sendiri...

Alamatnya, keluarlah comic strip seperti kat bawah.

Please click to enlarge
Sekarang bila aku belek-belek fail aku dan ternampak balik comic strip ni, aku tersedar. Patut la cita-cita lampau aku nak jadi pelukis komik ni tak kesampaian.
Sebab lawak aku ni tak cukup general dan lebih bersifat 'inside jokes dengan family'...

Thursday, April 21, 2011

Aku tak boleh salahkan mereka...

kerana benda-benda macam ni tidak tertulis dalam kamus. Mungkin junior-junior aku ni semua memang rajin menelaah pelajaran, mereka hanya memenuhi otak mereka dengan ilmu daripada buku ilmiah. Tetapi, kadang-kadang, benda yang remeh dan non-ilmiah seperti ni pun penting juga. Jangan ada salah faham , jangan ada miscommunication nanti.

Situasi bermula di sini.

Aku baru habis mandi dan masih on the way ke bilik. Tengah lalu bilik jiran-jiran junior tu sebelum sampai ke bilik aku sendiri, terdengarlah perbincangan 'ilmiah' diaorang. Satu perkara tentang jiran-jiran junior aku ini, mereka kalau part perbincangan 'ilmiah' tu memang la bercakap dengan suara yang lantang. Time aku lalu tu pun sempat la dengar perbualan diaorang sekejap. (Disclaimer: aku bukan menyibuk hal orang ah, diorang yang berbual lantang tu, aku dengar je lah)

"Yang LOL tu apa benda eh?" seorang junior bertanya.

"Yang tu lots of love." jawab seorang junior lagi, sambil bercerita lagi.

 Waduh, biasanya statement macam ni akan buat aku LOL tapi entah kenapa time tu aku rasa emoticon yang sesuai adalah seperti ini.(-_-") Kalau betul definisi LOL macam tu, kan aku dah kena tamparan banyak wanita sebab aku banyak guna LOL time mengomen kat status lelaki di facebook. Adui.

Sesampainya aku di depan pintu bilik aku, aku terdengar lagi satu soalan bonus.

"Yang ROFL tu yang ape pulak, yang kadang-kadang diorang selalu pakai tuh?"

Tiada jawapan.

Okay, aku tak dapat dan tak boleh nak salahkan mereka sebab benda ni tidak tertulis dalam kamus. Masa aku masih Tingkatan 4 dulu, aku, sama seperti mereka, pun tidak tau LOL tu apa time aku tengah chatting dengan seorang budak England. Tapi akhirnya, aku dah mula memenuhi ilmu short form dan ilmu akronim ni lepas aku bergiat dalam bidang chatting, friendster, facebooking dan twitter. Orang yang rajin sms pun wajib ada pengetahuan ini untuk menjimatkan ruang dan masa. 

Okay, untuk pengetahuan adik-adik junior sekalian, biar aku, sebagai akak senior yang prihatin akan menyediakan satu rujukan untuk akronim-akronim yang adik tak pasti tu kat sini. Mana la tau, kot-kot nanti ada lelaki komen LOL kat status adik, habis adik perasan ingat dia syok kat adik la kan. Sebelum tragedi perasaan perasan perasantan macam tu terjadi, baik akak menolong di sini. Lebih baik mencegah daripada mengubati, kan?

TRANSLASI UNTUK AKRONIM YANG TIDAK TERDAPAT DALAM KAMUS MAHUPUN DICTIONARY

LOL = Laughing out Loud (ini bukan lots of love. Ulang suara, bukan ye adik-adik)

ROFL= Rolling on the Floor Laughing

LMAO = Laughing My Ass Off

IMHO = In my Humble Opinion

BRB = Be Right Back

Ha.. kan dah tau dah. Hehe. Jangan salah aplikasi dan terkantoi pula.
Kalau bertanya pun, biar kat sumber yang betul. Yang tanya kat adik seorang tu yang memandai jawab lots of love tu yang aku tak boleh blah. XD

LOL X 10 kali!!!

Updated:  Terima kasih diucapkan kepada saudara Wilson dan saudari Step sebab cakap pasal dictionary yang ada bagi penerangan untuk akronim-akronim di atas. *wink2*.  Jika anda nak cari maksud akronim-akronim dalam Bahasa Inggeris yang anda kureng faham, anda boleh melayari urbandictionary atau dictionary.com untuk mengetahui maksud akronim tersebut.. ;)

Wednesday, April 20, 2011

KALAU AKU BOLEH LAMBUNG SYILING DESTINY...

 Interframe: Sari berita utama. SK St Mary (bekas sekolah rendah yours truly) telah keluar berita dalam The Borneo Post berikutan satu insiden. Nak tahu dengan lebih lanjut, sila klik link ini. Tak sangka kan? Huhu.

Orang kata, jangan tolak rezeki. Well... Itulah kata-kata hikmat pertama yang muncul dalam fikiranku ketika menerima panggilan dari Mama untuk memberitahuku tentang tawaran kerja untuk menjadi guru ganti selama kira-kira dua bulan. Di Sibu. Di sebuah sekolah rendah, yang mana murid-muridnya terdiri daripada lelaki semuanya. (Disclaimer: Nama sekolah dirahsiakan supaya tiada paparazzi mengekori saya sekiranya saya confirm untuk mengajar di sana kelak) 

Tapi, berkata tentang rezeki, mestikah benda yang lebih lumayan tu lebih BERrezeki? 

Biasanya dalam konteks masyarakat masa kini, ramai akan mengiyakan soalan di atas. Especially kalau rezeki tu datang dalam bentuk pekerjaan sementara. Sebab tu kerja sementara, tak minat pun tak apa. Janji lumayan. Sebab bukannya kamu akan buat kerja tu seumur hidup la kan?

Dan dalam kes aku, rezeki selalu datang tanpa diduga. Rezeki datang ketika aku belum bersedia. Rezeki datang ketika aku dah ada pelan. Masa aku belum ada pelan, macam takde satu habuk pun tawaran kerja. Tapi pabila aku dah ada sedikit perancangan, Rezeki pula sibuk nak datang nak bagi aku dilemma. 

Sengaja membuatku terpaksa membuat pilihan antara dia (rezeki) ataupun dengan keinginan hati. 

Ok, berbalik kepada cerita tadi.

Mula-mula aku dengar suara excited mama melalui handphone miniku, aku mulai bimbang. Mesti ada sesuatu ni. Ah.. Jangan pula.. Bukan itu.. Bukan itu..

Dan apabila beliau akhirnya memberitahu hal tersebut kepadaku, aku dah agak dah... Memang itu dia.

TAWARAN UNTUK MENJADI GURU GANTI LAGI.

Tiada mana-mana berita yang dapat menggembirakan Mama lebih daripada berita kekosongan untuk jawatan guru di mana-mana sekolah di Sibu. Serius tiada.

Guru ganti? Fikirku.

Di bawah merupakan subtitle perbualanku dengan Mama.

PERBUALAN PERTAMA:  
Aku: Eeeee, Ma... saya akan berada di Sibu untuk satu bulan ja. Mana dapat jadi guru ganti. Huhu.

Mama: Ai, jangan risau. Jadi guru ganti selama lebih kurang dua bulan je. Tu pun di sekolah *insert nama*. Guru besar dia bagitau kat saya ada kekosongan sebab gurunya nak bersalin. Guru besar tu sendiri yang nak awak jadi pengganti cikgu tu..

Aku: .....

Mama: Lagipun kalau guna sijil Form 6, gaji awak lumayan tau. At least RM 1000 ++. Itupun masih belum termasuk allowance lagi.

Aku: Eeeee, tapi saya dah janji dengan Mel nak jadi assistant untuk research dia kat Penang. (yesh, akhirnya dapat cari alasan muahahahha)

Mama: Takpa, nanti saya bagitau kat Mel. 

Aku: Tapi, aku tak tau la Mama. Aku lebih berminat nak kerja dengan NGO yang ada kat Penang ni.

Mama: Ala.. Dua bulan ja. Lepas dua bulan tu, bolehlah awak buat kerja awak kat Penang tu. Dua bulan awak kat sini dulu.

Aku: Erm... Bagi saya masa untuk fikir dulu ye.. Saya kena survey dulu kerja kat sini.

Mama: Ok. Tapi lebih baik confirm cepat ah. Sebab guru besar tu suruh kami isi borang permohonan jadi guru ganti untuk awak.
Aku: Okay. (-_-")

Line mati. 

Aku buntu. Mencari cara untuk membuat keputusan hidup mati ni.

Cara pertama aku memikirkan dilemma ini adalah dengan meng-update status di Facebook. (Ahem) Biasanya status ni berunsur kabur, tidak ada statement yang spesifik dan bermula dengan frasa "Dear God..."

Cara kedua, aku mengenang keadaan dulu. Fikir balik macam mana keadaannya aku menjadi guru sandaran selama 6 bulan di sekolah lamaku, St Mary dulu. Ada saat manis, ada saat pahit. Ada suka, ada duka. Ahhhh... Masih tak dapat buat keputusan.

Cara ketiga, aku fb mesej senior aku yang kerja di NGO yang aku minat tu. Mintak tolong dia untuk tanya kekosongan bagi pihakku. Kalau ada kekosongan untuk part time atau kerja sementara untuk 3 bulan, aku ON jer. Kalau tiada, aku pilih tawaran Mama. Ha, pandai tak? (sempat aku memuji diriku di dalam hati)

Cara keempat, aku bercerita dengan kawan baikku, Hawa, time pergi dinner. Di jejantas RST dan di meja makan Ismail Ikan Bakarlah tempat aku memberitahu Hawa tentang perasaan dilemma yang mengganggu jiwaku ini. Kata Hawa, bertuah saya dapat tawaran macam tu. (ini lebih kurang apa yang dikatakan oleh beliau. Hehe. Sori kalau ada unsur tokok tambah hoho) Tapi entahlah, aku tak rasa aku sesuai untuk kerja ajar-mengajar ni.

Cara kelima, call Mama balik. Tanya dia balik dengan sure apa mata pelajaran yang perlu diajar. Dan benda-benda serius yang lain.

PERBUALAN KEDUA:
Mama: Oh, ajar Matematik Tahun 1 dan Tahun 2. Pastu ajar Pendidikan Moral. (macam best ja dengar subjek-subjek tu)

Aku: Ma.. bila kena confirm? Saya confirm hari Jumaat boleh?

Mama: Ok. Tapi kenapa kena fikir?

Aku: Ala.. Sebab esok baru senior saya dapat bagitau saya sama ada NGO tu ada kekosongan ke tak.. Dan lepas esok baru saya dapat bagitau awak saya dapat mengajar ke tak.

Mama: Ok. Tapi kerja lah kat sini. Guru besar tu baik. Kalau awak reject offer ni, nanti malulah saya. 

Aku: Awak suruhla orang lain. Ada banyak orang mau kerja itu.

Mama: Ala. Dia mau awak. Sebab guru besar tu kenalan mama. (PS: Dalam mencari kerja, connection tu penting, lecturer saya pernah kata)

Aku: Ok. Tapi awak tau la, mesti saya ada masalah nak biasakan diri. Saya mesti susah nak bergaul dengan guru lain.

Mama: Jangan awak risau. Guru-guru di mission school biasanya tak sombong dan sangat friendly. (Tapi kenapa kakak sulung pula sentiasa komplen pasal cikgu yang poyo kat SMK St A******, Sarikei?)

Aku: Ha.. satu lagi. Transport tu bagaimana? Papa kan guna kereta... Dan.. Dan... Saya kan memang pengecut kalau pasal nak memandu kereta.

Mama: Ala, dekat je sekolah Sacred Heart tu. Awak guna jalan terminal Sibu gi sana, ok apa.. Papa cakap awak boleh guna kereta tu time mengajar. Papa awak kata, gaji awak sebagai guru ganti pun lebih lumayan daripada gaji colleague dia yang dah kerja berapa tahun.

Aku: (-_-") (dah habis stok alasan, so takde pilihan maka keluar statement tak boleh blah) Aku tak suka mengajar... Huwaa~

Mama: Hmm.. Dah bagus dah guru besar tu offer. Nanti apa saya nak cakap kalau awak tak nak? Dia memang dah beriya-iya nak awak jadi guru ganti tu. Mana saya berani nak tegur dia lagi lepas peristiwa ni? (lebih kurang macam ni statementnya)

Aku: Eeeee.. Awak memang selalu begini. Oklah. Oklah. Nanti saya mesej senior saya, suruh dia tak payah survey kekosongan untuk saya. Kamurang yang di Sibu sila isi borang permohonan untuk saya lah.

Mama: (seriously aku boleh DENGAR senyuman Mama) Ok. Ok. Kan. Baik awak buat kerja ni dulu. Dengar kata family.

Aku: Okay. okay. Baiklah.

Aku mesej senior aku, cancel plan nak survey kekosongan di NGO yang diminati itu.

Eh. Bila fikir balik, kenapa aku dah start worry tentang benda ni sedangkan aku belum lagi duduk periksa untuk first paper FINAL?

Haiz.. (-_-")

Aku harap aku buat keputusan yang betul.

Lambung syiling.

Kepala (otak) atau bunga (hati) ?

Kepala.

(-_-")

Yea, dan keputusan itulah yang saya ambik.

Saturday, March 12, 2011

JANGAN pandang camera!!!

Sila click di sini untuk rujuk terma dan syarat untuk menyertai pertandingan ini .
APAKAH INI?
 
jeng jeng jeng

INI IALAH PERTANDINGAN BERGAMBAR TANPA MEMANDANG KAMERA.

Aku merupakan antara chosen 3 yang ditag oleh Encik Melod untuk menyertai pertandingan ini dan sebab rasa ingin tahu yang teramat sangat, aku pun click kan link blog seorang blogger yang bernama dyanzjha. 

Aku pantang kalau dengar ada contest melalui blog, jadi apa lagi, aku nak join sebab aku suka nak menyertai apa-apa pertandingan yang percuma hehhe. Sebab tiada harapan untuk menang pertandingan melukis, pertandingan ratu cantik, pertandingan karaoke ataupun pertandingan menari, aku cuma bergantung pada tuah badan untuk memenangi sesuatu. Dan peluangnya ada di sini.

Jumlah peserta adalah ramai, peluang nak menang pun tipis tapi sekurang-kurangnya mencuba la kan?

Ok, bila dah cakap pasal gambar yang tak pandang camera, gambar yang pertama muncul dalam ingatan aku ialah gambar di bawah, iaitu gambar yang pernah menjadi profile picture aku kat facebook. Gambar ini diambik oleh kawan baikku Hawa semasa kami melakukan research untuk paper major di Pulau Aman.
Gigih la aku dan Hawa bangun awal selepas beliau sembahyang subuh untuk mengambil gambar di sekitar Pulau Aman yang menjadi lokasi penggambaran untuk drama bersiri Seribu Kali Cinta yang pernah ditayangkan di TV3 suatu ketika dahulu.

Aku suka gambar ni sebab gambar ni membuktikan aku bangun awal. Gambar ketika matahari terbit la katakan.

Ok, itu ja. Urm saya nak tag siapa ya? 

Saya nak tag Cik Hawa, Cik Kiki , Cik Mel  dan juga Kak Mel sebab diaorang memang ada gambar yang tak pandang kamera rasanya hahah.

Sila la join contest ni kalau rajin. Bagi yang tak ditag, jangan risau. Anda juga berpeluang menyertai pertandingan ini dengan melayari blog ini. 

Sekian. hahah

Wednesday, November 3, 2010

M for Malash

Daripada tajuk di atas, anda dah tau status aku sekarang - malash tahap cipan (walaupun aku tak tau apa itu cipan sebab aku malash nak ambik tau). Orait. Mungkin sebab nama aku mula dengan huruf M kot, sebab tu la malas. (Salahkan nama dan bukannya peribadi atas kemalasan, bravo Maureen~!)

Walaupun berada dalam keadaan malas, aku tak dapat tidur oh terima kasih kepada teh tarik Kedai Makan Nazri tadi.

Dalam kemalasan ini, aku tengah sibuk stalking seorang blogger yang aku dah pernah discover blog dia, cuma belum sampai tahap check post dia dalam archive satu persatu. Namun entah kenapa sekarang ni aku rajin check postnya satu persatu. Wah alangkah bagusnya kalau kerajinan aku mengestalk blogger ini aku aplikasikan ke dalam Sociolinguistic, Discourse Analysis, Semantics, dan sebagainya. Tapi apakah daya. Blognya memang penuh dengan tulisan dan kadang-kadang I have zero tolerance for tulisan kalau font dia kurang daripada 11.

Time aku malas baca blog bertulis, aku beralih pula kepada blog ini yang ada tulisan tapi kurang tulisan.

Orait, sampai di sini sahaja pertemuan kita. Aku malash mau ca....kap..... lebih..........................

Sunday, October 31, 2010

Sedang Merajinkan Diri....

.....untuk membaca blog-blog yang dipromotekan oleh Step (blog yang Step perkenalkan ni biasanya blog yang suci dan berilmiah ahem) dan juga updates yang Hawa mention pasal blog kengkawan yang cool sekalian (ini bukan bodek). Serius aku alpa dalam mengupdatekan diri dengan membaca blog kerana sibuk berfacebook. Dan juga sibuk untuk tidur petang. Dan sibuk untuk menyibuk benda yang tak patut aku sibukkan. Blog sendiri pun update once in a bluemoon. Ok tiada alasan untuk justify kealpaan aku. Aku bersalah sebab malas. Noktah.

Ok, sori sebab ini bukan post yang ilmiah walaupun exam dah dekat. Good luck everyone in your exam.

Erm by the way, happy Halloween? :S

Friday, May 7, 2010

Sekarang Aku Tau..

Semasa aku kecil sehingga aku memasuki sekolah menengah, aku rasa hidup aku agak terkongkong. Kenapa tidak? Mama dan papaku sentiasa menegurku, terutamanya mamaku. Tak boleh buat itulah, tak boleh buat inilah. Semua pun tak boleh. Aku masih ingat, semasa aku kecil, mama sentiasa suruh aku menyertai pertandingan mewarna anjuran Borneo Post dan Dumex yang membolehkan kita memenangi wang RM20 dan setin susu tepung Dumex kalau dapat tempat pertama. Dengan paksa relanya, aku mewarna lukisan yang ada pada akhbar Borneo Post tersebut. Kadang-kadang, mama akan memberikan idea apa-apa objek yang boleh ditambah dalam lukisan untuk mencantikkan lukisan. Aku pula dengan perasaan tak puas hati mewarna sambil mengadu-adu kenapa aku perlu mewarna kerana pensel warna yang dibekalkan di rumah tak best. Kalau best, tak apalah pula. (-_-")

Selain itu, aku selalu merasakan bahawa mamaku seorang yang cerewet terutamanya dari segi kebersihan; apa tidaknya, mama sudah berdikari mengemas biliknya dan bilik nenekku sejak dia tahu berdiri. Semasa mama kecil, dialah yang membangunkan nenekku, mengemas katil dan menyediakan sarapan. Mama kena buat semua kerja tersebut semasa dia masih kecil-kecil cili padi kerana datukku sudah tiada semasa mamaku baru berusia 3 tahun. Jadi bayangkanlah hidup mama aku, ibunya hanyalah seorang suri rumah. Memang tidak berduit sangat, tapi nasiblah orang kampung dulu-dulu ada memiliki tanah pusaka, ikan pula boleh ditangkap dari sungai, sayur boleh ditanam di sekitar rumah, dan ayam pula ada hasil ternakan secara kecil-kecilan. Sebab itulah, pada hematku, semiskin-miskin mana orang kampung dari segi kewangan, mereka tidak akan kebuluran kerana mereka sudah mempunyai bekalan sendiri jikalau dibandingkan dengan masyarakat bandar yang hanya mengharapkan bekalan makanan dari pasaran.

Oleh itu, kerana mama seorang yang biasa mengemas sejak dari kecil, dia memang cerewet dari segi kebersihan kerana walaupun miskin, arwah nenekku sentiasa mendidik mamaku untuk memastikan bilik dan rumah berada dalam keadaan bersih. Jikalau aku terlupa untuk melipat selimut, mama akan bising seperti ayam riuh sekampung. Aku pula rasa annoying lah sebab aku rasa apa silapnya aku lupa lipat selimut, lagipun malam nanti aku akan selerakkan selimut itu lagi semasa tidur. Kadang-kadang semasa mama sudah tak tahan melihat bilik aku berselerak, dia tak arahkan aku bersihkan lagi. Dia rela menolong aku membersihkan bilik sambil mulutnya berleter menggambarkan deskripsi kekotoran bilik aku satu persatu dalam bahasa Melanau bercampur bahasa Hokkien. Leteran mama sentiasa membuatku pening, kadang-kadang menyebabkan aku menyesal kerana tak sempat kemas sendiri. Kalau mama berleter dalam bahasa Melanau tu, itu maknanya mama sedang bermonolog. Kalau dalam bahasa Hokkien, maknanya leteran itu ditujukan khas untuk aku dengar.

Aku selalu mendengar leteran ibu sehinggalah aku masuk Tingkatan 6. Masa itu aku sudah mula pandai mendisiplinkan diri. Semua peraturan tak bertulis di rumah yang mama tetapkan aku ingati dengan jelas. Kalau lepas mandi, pastikan tiada bulu-bulu badan (anda taulah apa yang aku maksudkan) atau helaian rambut anda tiada di atas lantai tandas. Kalau nak berus gigi atau berkumur, jangan gunakan sinki dapur. Bisnes sebegitu anda boleh lakukan di sinki tandas. Kalau nak bagi kucing makan, makanan kucing tu hendaklah dimasak dan dipanaskan sehingga berwarna keperang-perangan, barulah kucing-kucing itu ada selera nak menghabiskan makanan yang dihidangkan untuk mereka. Lepas menggoreng sesuatu, lantai dapur mestilah sentiasa dilap kerana berminyak. Mama memastikan lantai dapur dilap setiap hari selepas memasak. Semasa memasak atau menggoreng, pintu dapur hendaklah ditutup agar bau gorengan atau bau masakan tak masuk ke ruang tamu dan membaukan kain langsir di ruang tamu.

Semasa aku di tingkatan 6, aku pula yang mengambil peranan mama kerana aku dikehendaki menjaga sepupuku yang tinggal dengan kami selama satu minggu. Sepupu-sepupuku itu merupakan geng bermainku (mereka berusia dalam lingkungan 12 tahun dan 9 tahun masa itu) dan aku jarang sekali memarahi mereka. Hal ini kerana selama ini aku hanya bermain dengan mereka dan tidak pernah memikul tanggungjawab untuk menjaga mereka. Namun semasa di Tingkatan 6, sikapku terhadap mereka mulai berubah. Aku bertukar menjadi garang. Hal ini kerana aku dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan mereka, memastikan mereka mandi, memastikan mereka membuat kerja rumah, memastikan mereka makan, dan macam-macam lagi tugas yang aku belum pernah lakukan ke atas mereka sebelum ini. Sebelum ini, fungsiku hanya sebagai partner main-bermain dengan mereka. Perubahan peranan membawa kepada perubahan sikap. Aku mula berleter setiap kali sepupu lelakiku makan kerana biasanya dia akan mengotorkan lantai.

"Mulut kau itu berlubangkah adoi~!" merupakan antara herdikanku ketika aku mengelap lantai akibat kekotoran yang disebabkan oleh sepupuku itu.

Situasi-situasi lain aku memarahi sepupu:
1) "Heh, tak pandai jemur tuala sendiri lepas mandi!" Aku akan berleter sekiranya sepupu-sepupu kecilku itu hanya meletakkan tuala mereka di atas kerusi selepas mandi.

2) Kalau sepupu-sepupuku bergaduh antara satu sama lain, aku akan berkata " Wah, tak tau malu. Dah besar pun nak gaduh lagi!"

Masa itu, sepupu-sepupu aku mula membenciku dan mengatakan aku ini garang. Aku tidak faham, kenapa mereka membenci aku sedangkan aku telah membuat segalanya pada mereka. Aku telah berkorban masaku untuk mereka. Masa untuk aku mengelap lantai boleh saja aku gunakan untuk berehat dan membaca buku sebenarnya. Banyak kerja berfaedah yang boleh aku gantikan daripada menjadi hamba mereka. Tapi mereka telah mencuri masa aku. Betapa terkilannya apabila kerja-kerjaku ini sia-sia sahaja. Tiada ucapan terima kasih tetapi perasaan benci yang dibalas. Memang aku mengaku, aku tidak mempunyai sifat keibuan, sebaliknya sifat keibutirian lebih terserlah dalam diriku. Tapi bila aku fikir balik, inilah perasaan yang aku curahkan pada mama ketika aku kecil dulu. Mama mengelap muntahku, mama memarahiku kalau aku bermain di bawah panas, mama berleter, mama melarang aku buat ini, mama mengarah.. mama menasihati, mama... adoi~

Sekarang aku tahu. Sekarang aku faham bagaimana rasanya. Aku sedar yang mama memarahiku, meleteriku, melarang aku, dan menyebabkan aku marah dan benci padanya ketika kecil, semua itu kerana mama mahu menjadi seorang ibu yang baik. Mama rela dibenci dan disalah anggap pada mulanya hanya kerana ingin mendidikku menjadi anak berguna. Mama ingin aku membesar dan menjadi mama yang baik juga suatu hari nanti (wahahha, bilalah akan tiba masa itu!) Jika mama tak pernah marah aku, aku mungkin tak ambil kisah sangat dengan diri aku. Tapi sebab mama buat semua itu, aku mula mengetahui perkara yang patut dan perkara yang tak patut. Kalau mama tak suruh aku menyertai pertandingan apa-apa ketika kecil, tiada apalah yang hendak saya banggakan apabila saya dah semakin besar nanti.

Oleh itu, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan:

Happy Mothers' Day my Mama! I know I have lost the chance to have a good impression as a good daughter to you, but I know I still only have the chance to prove that I could be a good mother like you, once the right time has come. Your lessons to me may not made me a good daughter since I am a slow learner to absorb all those lessons, but what you have taught me is useful to teach me to become a good mother like yourself once I have the chance to become one. Last but not least, thanks Mama for everything!

A little message from Baby, your annoying daughter. ;)

Friday, February 12, 2010

Jerat Valentine Day?

Semasa aku menaiki anak tangga di bangunan hostelku dengan innocentnya, lalulah aku di bahagian melekat poster dan iklan - dan sekeping poster yang dilekat menarik perhatianku. Tajuk poster berikut berbunyi begini "JERAT VALENTINE DAY" dan diikuti dengan bermacam-macam deskripsi "Valentine menjahanamkan negara, dll." Selepas membaca poster tersebut, aku tak rasa innocent lagi.. Rasa nak memaki hamun pun ada. Sedih pun ada. Rasa nak ketawa pun ada. Kenapa benda yang innocent macam Valentine Day dikaitkan dengan anasir-anasir negatif seperti kes-kes sosial mengandung entah apalagi benda? One thing for sure, Valentine Day bukan hari mengawan, sayang. Kenapa tiba-tiba pada masa ini disamakan dengan hari maksiat, disamakan dengan hari berzina seolah-olah pada hari Valentine semua orang dah tak boleh kawal nafsu dan secara automatiknya akan melakukan sesuatu yang akan mencemarkan maruah sendiri?

Satu benda yang ingin aku ketengahkan - Jangan samakan Valentine day dengan musim mengawan binatang. Jika ada perkara maksiat yang dilakukan pada hari tersebut, itu merupakan salah individu dan pasangan tersebut sendiri. Dan siapa kata maksiat hanya dilakukan pada hari Valentine? Setahu saya, maksiat boleh dilakukan pada bila-bila sahaja, tak kira hari tersebut hari yang baik ataupun tak baik. Jadi generalisasi bahawa Valentine's Day merupakan jerat untuk maksiat adalah sangat tidak berasas. Dan adalah sangat keterlaluan. Satu sifat prejudis yang dilemparkan tanpa memikirkan perasaan orang yang menyambutnya. Bak kata pepatah "tak pandai menari, katakan lantai jongkang jongkit" maka dalam konteks ini, kepada sesiapa yang mengatakan Valentine Day membawa maksiat, saya cipta peribahasa ini untuk anda "Tak pandai jaga diri, salahkan hari bawa maksiat!" Jangan salahkan hari Valentine atas maksiat yang berlaku tetapi salahkanlah orang yang melakukan maksiat tersebut kerana tidak pandai mengawal nafsu dan tidak pandai menggunakan akal yang telah dikurniakan kepada mereka.

Saya bukannya ingin memaksa anda untuk menyambut Valentine, hahah, saya tidak pernah menyambutnya selama ini kerana diri ini masih ahem, single, tapi saya cuma tidak ingin anda mengejinya. Ok? Jika anda tak sambut, tak apa, cuma jangan mengeji hari tersebut, kerana mungkin perayaan ini adalah satu perayaan yang bermakna kepada sesetengah masyarakat. Bayangkanlah perasaan mereka jika hari ini dikaitkan dengan perbuatan hina sedangkan tidak terlintas di fikiran mereka untuk melakukannya! Bayangkanlah jika sesetengah pasangan perlu berasa malu kerana menyambut Valentine's day walaupun bagi mereka, masa Valentine itu mereka sekadar untuk menunjukkan rasa kasih sayang terhadap satu sama lain tanpa mempunyai niat tersembunyi.

Kita di Malaysia digalakkan untuk menghormati perayaan orang lain walaupun tidak menyambutnya, dan adalah satu sifat hipokrit untuk mengucapkan "Selamat hari Tahun Baru Cina, Selamat Hari Thaipusam, etc" sesama sendiri walaupun tidak menyambutnya dan apabila tibanya hari Valentine, seolah-olah anda akan diperlihatkan seperti menyokong maksiat jika mengucapkan perkataan "Selamat Hari Valentine."

Adakah hanya disebabkan Hari Valentine bersifat kebaratan kita menentangnya? Bukankah kita tidak digalakkan untuk bersifat RACIST kerana hidup dalam kalangan penduduk berbilang kaum? Tetapi apabila kita mengeji pihak Barat terutamanya penduduk Amerika, kita tidak dikatakan RACIST? Aku tak sedar yang ada konteks dan kelas-kelas tertentu dalam menyifatkan satu definisi. Aku tak tahu yang ada kelas-kelas subjektif untuk menyifatkan seseorang sebagai racist ataupun tidak, baik ataupun tidak, kerana pada hemat aku, racist adalah objektif dan tidak mengira dalam apa juga konteks. Jika anda anti-Barat, anda adalah racist walaupun anda baik dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Kenapa? Kerana fakta menyatakan orang putih adalah satu bangsa juga. Jadi, jika anda anti mereka, maaf untuk memaklumkan kepada anda realitinya bahawa anda seorang yang RACIST!

Kesimpulannya, maksiat tidak memilih masa atau waktu. Dan Valentine's day adalah satu perayaan yang innocent tanpa agenda tertentu melainkan untuk menyambut kasih sayang antara pasangan kekasih, dan kini dapat disambut antara sahabat handai. Dan satu perkara lagi, jika anda benar-benar sayangkan seseorang, hormatilah maruah pasangan anda dan jangan gunakan pasangan anda sebagai medium untuk melepaskan nafsu anda.

Terakhir tetapi bukan yang paling kurang,

SELAMAT TAHUN BARU CINA DAN SELAMAT HARI VALENTINE in advance!!

Prejudice is sooo yesterday!!

PEACE!

;)

Saturday, November 14, 2009

Adakah aku layak menjadi Si Tenggang versi perempuan dan Prodigal Daughter versi Malaysia?

Interframe part 1: Aku akan balik Sibu dengan selambanya tanpa rasa excited pada 22 November dan balik Penang pada 1 Januari 2010 dengan perasaan yang sungguh tak excited. Tapi aku tetap bangga kerana selama ini aku tidak pernah skip Krismas di Sibu kerana aku tidak pernah balik awal semasa pembukaan semester baru di USM. Kesimpulan: Aku memang seorang penyambut Krismas yang baik.

Tidak dapat dinafikan, semasa dekat-dekat bermulanya cuti ini, kita semua mesti mendengar kata-kata teruja orang yang tak sabar-sabar nak balik, terutamanya golongan Sabah Sarawak yang jauh merantau untuk melanjutkan pelajaran di sini. Memang teruja, sebab bukan setiap kali cuti mereka dapat balik. Aku pun golongan Sabah Sarawak juga, tetapi secara jujurnya, aku lain. Aku tak sabar nak cuti je, bukan tak sabar nak balik. Perasaan nak balik tu ada, tapi tak kuat sangat. Jujur. Aku bukannya jenis yang homesick.

Masa aku mula-mula datang universiti dulu, aku langsung tak rindu rumah. Masa itu, aku rasa nak mulakan adventure saja - dan juga kerana masa itu, aku sangat sibuk dengan tanggungjawab yang aku terpaksa pikul di kampung halaman, maka kemasukan ke universiti ini menandakan aku boleh membebaskan diri daripada segala tanggungjawab yang memberi stress kepada aku. Perasaan rindu pada rumah itu ada jugalah sedikit, tapi SEDIKIT sahaja ya. Aku cuma rindu kucing-kucing dan masakan ibu. Orang kat rumah aku rindu juga, tapi sebab diaorang selalu telefon aku, aku boleh tahan lagi perasaan rindu ini.

Selama ini, aku tidak pernah menangis malam-malam sebab nak balik rumah. Kalau ada menangis malam pun, itu disebabkan faktor lain yang tiada kena-mengena dengan balik rumah.

Oleh itu, aku ingin mencari sebab kenapa aku berfikiran sebegini; kenapa aku tak rindu rumah seperti yang sepatutnya? Orang lain di USM kasihankan aku kerana balik Sibu sekali-sekala sahaja, tetapi aku selamba sahaja. Aku habiskan masa cutiku mengemop bilik dan melayari laman web di hostel - walhal orang lain semua balik ke rumah halaman masing-masing.

Oleh itu, aku perlu mencari punca-punca kenapa aku tidak rindu rumah dengan sedalam-dalamnya seperti orang lain. Dan setelah menganalisis dan mendalami otak, hati dan jantung ini, aku rasa mungkin inilah sebab-sebabnya.

1) Bebanan kerja di rumah adalah lebih besar berbanding dengan di hostel.

Di hostel, walaupun orang kata kita kena berdikari, kena cuci pakaian sendiri, tapi aku tak rasa bebanan kerja di hostel banyak sangat. Hal ini kerana, ada mak cik cleaner yang tolong bersihkan tandas. Kalau kat rumah, tak bersihkan tandas, mak akan kata tandas di rumah kotor. Mana tak kotor, sebab KUCING-KUCING INDOOR DI RUMAH PUN SAMA-SAMA MENGGUNAKAN TANDAS MANUSIA DAN MEMBUAT BISNES MEREKA DI ATAS LANTAI TANDAS. Hmmph~ Tapi walaupun kucing-kucing tu banyak kerenah, kalau berjauhan, memang rindukan mereka juga. Selain itu, kalau nak sapu lantai, di hostel, aku cuma perlu sapu bahagian kecil, iaitu bilik aku sendiri sahaja, tetapi kalau menyapu lantai di rumah, kena menyapu seluruh bahagian rumah yang ruangnya semestinya berkali ganda lebih besar daripada saiz bilik hostel aku di sini. Jadi, itulah sebabnya aku tak rindu rumah kot.

2) Tak ada wireless line kat rumah.

Inilah satu faktor penolak besar yang buat aku tak rindu rumah sangat. Ini sebab hal laptop aku jugalah. Laptop aku yang bernama Toshi-chan ini aku beli dari KEDAI MAKSON DI SUNGAI DUA, USM (Ya, sila catat nama kedai ini sebab dengan jujurnya, aku mengumunkan bahawa kedai ini ialah kedai penipu). Punyalah happy mula-mula dapat beli laptop colour putih yang berharga kurang daripada RM3000 (RM2999 sebenarnya, tapi masih happy juga) dan berjenama T****** (ini bukan iklan, harap maklum), tapi perasaan happy itu mulai hilang apabila aku buat discovery.

Discovery!: Rupa-rupanya laptop aku cacat sebelah badan, bahagian kanan laptop aku tak dapat berfungsi walaupun setelah disambungkan dengan wayar untuk mendapat talian broadband. Jadi, laptop aku hanya dapat online apabila menggunakan talian wireless, dan tidak dapat nak online kalau guna broadband atau guna tmnet. Mesti spesifik permintaannya : WIRELESS. Adui, tension betul time balik rumah. Kalau nak online, kena guna laptop kakak. Tak ada kuasa autonomi, tak rasa best pula.

3) Aku TAK NAK risaukan nasib kucing-kucing.

Kucing-kucing di rumah aku memang tak tahu yang kami sayang pada mereka ini. Mereka suka bermain di jalan, merantau ke rumah jiran-jiran dan 'membuat bisnes' di rumah jiran. Perkara ini menimbulkan konflik antara jiran dengan kami. Di kawasan kejiranan kami, aku yakin keluarga aku mesti menjadi mangsa gosip kerana membela terlalu banyak kucing. Kami terpaksa menabahkan diri, menebalkan muka, dan membuat apa yang terdaya kalau ada jiran yang datang complain tentang kerenah kucing-kucing kami. [Tetapi kami tak complain pun bila u'all langgar kucing kami dengan sewenang-wenangnya, huhu~!]

Sememangnya, kuasa cinta mengatasi segalanya, kerana kami masih sangat sayangkan kucing-kucing yang nakal dan separuh prodigal itu walaupun mereka telah menyebabkan konflik antara manusia. Hanya dalam konteks ini sahaja aku percaya akan kuasa cinta. Harap maklum.

4) Aku tak suka naik kapal terbang.

Aku ada mabuk udara - tak tahu sejak bila. Tapi pernah sekali semasa aku naik Air A*** balik Penang, aku muntahkan kampua yang menjadi breakfast aku (ya, kampua yang sedap dari kedai Jalan Permai) semasa kapal terbang Air A*** dalam proses mendarat di Kuala Lumpur. Dan, dengan tanpa banyak pilihan, aku menghulurkan plastik kertas berisi muntah aku itu kepada seorang pramugari.

Menaiki kapal terbang adalah wajib kalau nak balik Sibu ataupun Pulau Pinang. Jadi, aku tak suka..

5) Aku ada saudara di Pulau Pinang

Secara jujurnya, inilah sebab yang utama aku tak rindu rumah sangat, sebab aku ada 'rumah' kedua di Pulau Pinang. Kakakku merupakan faktor utama yang buat aku senang membiasakan diri di Pulau Pinang. Selain itu, kawan-kawan kakak aku dan kawan aku sendiri telah membuatkan aku selesa berada di sini. Di sini juga, bahasa Melayu Sarawakku berkembang. Aneh, aku perlu berada jauh dari Sarawak untuk mendalami bahasa Melayu Sarawak. Semasa berada di Sarawak, bahasa Melayu Sarawakku berada pada tahap teru-ah-u-ah. Tapi di sini, iaitu di negeri orang, aku dapat berkomunikasi dengan lebih lancar menggunakan bahasa Melayu Sarawak.

6) Harga pakaian dan barangan supermarket yang lebih murah di Pulau Pinang.

Kalau nak beli baju di Sibu, buang sahaja niat anda itu kecuali anda mudah berpuas hati dengan sehelai baju sahaja. Harga untuk membeli sehelai baju di Sibu boleh digunakan untuk membeli beberapa helai baju yang fashionable di Pulau Pinang. Kalau nak beli barangan keperluan seperti minuman, makanan, sabun dan sayur, pasar raya di Pulau Pinang (terutamanya Tesco) menawarkan harga yang lebih murah berbanding dengan pasar raya yang ada di bandar halamanku.

Aneh tetapi benar, walaupun dengan adanya semua faktor penolak ini, jikalau aku tak balik rumah, aku akan rasa kosong. Seperti kehilangan sesuatu - atau berasa bahawa hidup ini tidak lengkap. Walaupun kampung halaman kita tidak dapat membekalkan kita dengan segala kemahuan dan keinginan kita, kampung halaman kita ada keserasiannya sendiri dengan kita, walaupun adalah susah untuk kita memahami apakah benda tersebut. Mungkin kerana kampung halaman kita terdapat orang yang kita sayangi, ada memori dan ada intipati sebahagian hidup kita yang sebati dengan tempat itu.

Aku rasa, rumahku ada sejenis bau, bau aku, bau orang-orang aku, dan bau barang-barang aku. [Tiba-tiba rasa macam kucing pulak]

Dan yang pasti, ada satu bau yang aku rindu, iaitu bau masakan ibu.

Interframe part 2: ah, aku tak dapat menahan diri daripada blogging. Help! Ok, aku memang akan tinggalkan blog ini sementara waktu. Harap maklum?

LinkWithin