Saturday, November 7, 2009

Ini Bukan Post Ilmiah..

Interframe: Faktor pertama aku menulis post ini dalam bahasa Melayu disebabkan aku belajar Sains dalam BM suatu ketika dahulu, maka aku tidak tahu macam mana nak panggil 'pemboleh ubah' dalam bahasa Inggeris. Faktor kedua aku menulis dalam Bm adalah apabila mode nak mengumpat is on, aku malas nak jaga grammar aku yang hisaps, so aku tulislah dalam BM. Dan apabila bercakap tentang pemboleh ubah dimanipulasi dan dimalarkan, aku teringat pula dengan si Matth (bukan nama sebenar ) sebab term pemboleh ubah ini tercipta dalam perbualan kami berdua apabila baliknya kami dari ICG.



Ketika membuat eksperimen dalam mata pelajaran Sains dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah, adalah diwajibkan untuk kita mengambil kira perkara-perkara berikut terutamanya ketika membuat eksperimen perbandingan. Dua faktor utama yang dikenal pasti saling bergantungan; iaitu pemboleh ubah dimanipulasi dan pemboleh ubah dimalarkan. Biasanya, pemboleh ubah dimanipulasi hanyalah merujuk kepada satu faktor (misalnya faktor keadaan), manakala faktor-faktor yang lain adalah wajib dimalarkan. Erm, anda sudah pening? Biar saya terangkan dengan lebih lanjut menggunakan parable of the kacang hijau.

Parable of the Kacang Hijau.
Misalnya untuk menguji kepentingan air dalam percambahan kacang hijau, biasanya pemboleh ubah yang dimalarkan ialah jenis kacang hijau tersebut, iaitu kacang-kacang hijau tersebut haruslah dibeli dari satu pek yang sama. Dan tempat yang yang disediakan untuk percambahan kacang hijau adalah di atas kapas jenama yang sama. (Sesiapa yang memandai guna salah satu jenama Babysoft dan satu guna jenama X, nayalah orang itu.)
Kelembapan atmosfera dan kehadiran cahaya matahari haruslah sama. Rasa-rasanya semua pemboleh ubah yang dimalarkan sudah lengkap. Dan untuk pemboleh ubah yang dimanipulasi dalam eksperimen ini adalah satu sahaja, iaitu kehadiran air. Salah satu kapasnya kering, salah satu kapasnya lembap dan basah dengan air.

Jika terdapat pemboleh ubah dimalarkan yang TERRRRubah menjadi dimanipulasi, maka eksperimen tidak berjaya atau dengan kata lain, keputusan eksperimen adalah tidak tepat.

Aku, walaupun sebagai seorang pelajar Sastera, memang bersetuju dengan kaedah saintifik membuat perbandingan. Kaedah ini lebih adil dan saksama, kerana pemboleh ubah yang lain semua dimalarkan dan hanya satu pemboleh ubah yang dimanipulasi.

Jadi, kenapa tiba-tiba aku nak bercakap pasal pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah disebut di atas walaupun exam aku yang akan datang hanya berkisar tentang linguistik, sastera, dan komunikasi manusia dan tak ada kena mengena langsung dengan kaedah saintifik yang telah dinyatakan? Ya, apabila musim exam menjelang, anda tidak dapat lari daripada persoalan: Apakah keputusan yang anda bakal peroleh? Dan daripada persoalan ini, lahirlah satu persoalan lain iaitu: Mengapa keputusan *insert nama* lebih baik daripada keputusan awak? (Biasanya persoalan kedua ni datang dari mulut mak ayah, lecturer, ataupun sesiapa sahaja yang suka membuat perbandingan tanpa menggunakan eksperimen secara saintifik).. So, itulah yang aku nak ketengahkan.

Perbandingan...
(Ya, setelah aku merapu berjela-jela, inilah tema kita pada hari ini!)

Itulah satu perkara sensitif yang sering dibuat kepada kita sebagai pelajar walaupun pada hakikatnya, kita tidak suka dibandingkan - melainkan kita adalah yang lebih baik dalam perbandingan tersebut.

Jadi di sini, aku nak mengetengahkan bahawa cara sesetengah orang membuat perbandingan ke atas kita, adalah langsung tidak adil. Mereka biasanya membuat perbandingan sewenang-wenangnya melalui pemerhatian kasar mereka tanpa mengambil kira prosedur yang sepatutnya - prosedur eksperimen secara saintifik.

Contoh-contoh perbandingan yang sering dibuat ke atas aku:

Contoh 1: "Eh, kenapa awak ni tak sepandai kakak awak, si *insert nama* tu?"

*Insert muka kasihan aku*


Masa tu aku macam nak jawab: "Dia dah 2 years ahead of me makan garam, of course her kepandaian is two years ahead of me lah, cis~!"


Tapi kan, on second thought, lebih tua tak semestinya lebih pandai. Tapi sepatutnya lebih pandailah. Sebab kan orang yang lebih tua ada masa lebih dah mengalami macam-macam sebelum junior mereka kan?



Contoh 2:"Eh, kenapa anak *insert nama* tu boleh dapat keputusan macam tu, awak pula dapat macam ni?" - biasanya ditanya oleh ibu bapa kita sendiri (-_-) ketika zaman sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu.

*insert muka aku yang buat mulut muncung*

Jawapan on my mind: Mungkin sebab aku bukan anak mereka. Kalau aku anak mereka kan aku boleh dapat keputusan macam tu juga. Bwahahhaa..


Contoh 3: (Setting: Ketika majlis/kenduri/atau apa-apa aktiviti yang boleh buat orang berkumpul ramai-ramai)

Parent A: "Eh, berapa anak awak dapat untuk STPM hari tu?"
Parent B (for Baby): "Biasa je. Dapat 2A je (bukan result sebenar) [punyalah aku belajar separuh mati nak dapat keputusan macam tu, selamba je dia orang jawab ye]. Anak awak?"
Parent A: "Tak sebaik result anak awaklah. Dapat *insert result* je."
Parent B (for Baby): "Oh, takpe. Anak awak tu Science stream, anak saya ni Art stream, Science tu memang susahlah.."

*insert muka gigit bibir aku*

Rasa nak menyampuk on my mind: Science memang susah, tapi lebih senang diaorang nak masuk universiti kalau nak BANDING dengan kami orang.

"2A dalam STPM belum lagi dapat menjamin anda untuk mendapat kursus pilihan anda di universiti bagi pelajar SASTERA"- quote Cikgu Ai Fen.
(I miss u Cikgu. huhu~)

Aku bukanlah nak complain sebab tak banyak orang puji aku pandai. Aku cuma nak ketengahkan isu perbandingan ini kadang-kadang memberi kesan negatif, dan tidak semestinya menaikkan perasaan competitive dalam diri kita, terutamanya apabila kita sudah melakukan yang terbaik. Dah bersusah payah kita berusaha, bukan penghargaan atau pujian yang diberi, tapi perbandingan. Dan adalah lebih menyakitkan apabila perbandingan yang dibuat adalah tidak adil, tidak berasas, dan hanya dibuat sekadar nak menaikkan nafsu amarah atau mengurangkan keyakinan kita.

Tapi sekarang, aku takkan kecil hati sangat sebab perbandingan yang orang buat terhadap aku tu tidak mempunyai pemboleh ubah yang dimalarkan. So, secara automatiknya, perbandingan tersebut tidak boleh diambil kira. Bwhahahaha..(Adakah patut, bandingkan aku dengan seseorang dari kursus lain, tahun berbeza, dan tenaga pengajarnya berbeza dengan aku? Sekurang-kurangnya semasa sekolah rendah, aku hanya dibandingkan dengan classmateku - dan itu masih belum dikira sebagai adil sebab mungkin ada yang pergi tuition.) Semuanya adalah pemboleh ubah dimanipulasi, maka eksperimen tidak berjaya! Keputusan eksperimen adalah tidak tepat, atau dengan kata lain, perbandingan yang anda buat itu adalah tidak tepat sama sekali.

Kalau nak bandingkan aku dengan seseorang, kriteria-kriteria berikut harus diambil kira:
1) Dia tinggal satu rumah dengan aku.
2) Dia sama umur dengan aku.
3) Dia belajar di sekolah yang sama dengan aku.
4) Dia diajar oleh guru yang sama dengan aku.
5) Dia belajar kursus yang sama dengan aku.
6) Dia ada aktiviti kelab yang tahap kesibukannya sama dengan aku. Tanggungjawabnya pun sama dengan aku.
7) Dia punya tahap bajet (wang saku) sama banyak dengan aku.
8) Dia berjalan ke bilik kuliah sama seperti aku.
9) Dia mencuci pakaiannya sendiri - sama seperti aku.
10) Dia mempunyai kawan-kawan yang sama dengan aku.

Itulah semua pemboleh ubah dimalarkan yang sepatutnya untuk membuat perbandingan. Pendek kata, aku hanya boleh dibandingkan dengan klonku sendiri.

Pemboleh ubah dimanipulasi:
1)Nama, personaliti dan fesyen rambut kami berbeza.


So, anda semua rasa nak buat perbandingan? Kalau nak buat perbandingan tepat, silalah ambil kira pemboleh ubah-pemboleh ubahnya terlebih dahulu. Kalau tidak, "don't bother" lah ~(ikut nasihat Shakira the Colombian singer). Peace~

Sekian, terima kasih.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin