kerana benda-benda macam ni tidak tertulis dalam kamus. Mungkin junior-junior aku ni semua memang rajin menelaah pelajaran, mereka hanya memenuhi otak mereka dengan ilmu daripada buku ilmiah. Tetapi, kadang-kadang, benda yang remeh dan non-ilmiah seperti ni pun penting juga. Jangan ada salah faham , jangan ada miscommunication nanti.
Situasi bermula di sini.
Aku baru habis mandi dan masih on the way ke bilik. Tengah lalu bilik jiran-jiran junior tu sebelum sampai ke bilik aku sendiri, terdengarlah perbincangan 'ilmiah' diaorang. Satu perkara tentang jiran-jiran junior aku ini, mereka kalau part perbincangan 'ilmiah' tu memang la bercakap dengan suara yang lantang. Time aku lalu tu pun sempat la dengar perbualan diaorang sekejap. (Disclaimer: aku bukan menyibuk hal orang ah, diorang yang berbual lantang tu, aku dengar je lah)
"Yang LOL tu apa benda eh?" seorang junior bertanya.
"Yang tu lots of love." jawab seorang junior lagi, sambil bercerita lagi.
Waduh, biasanya statement macam ni akan buat aku LOL tapi entah kenapa time tu aku rasa emoticon yang sesuai adalah seperti ini.(-_-") Kalau betul definisi LOL macam tu, kan aku dah kena tamparan banyak wanita sebab aku banyak guna LOL time mengomen kat status lelaki di facebook. Adui.
Sesampainya aku di depan pintu bilik aku, aku terdengar lagi satu soalan bonus.
"Yang ROFL tu yang ape pulak, yang kadang-kadang diorang selalu pakai tuh?"
Tiada jawapan.
Okay, aku tak dapat dan tak boleh nak salahkan mereka sebab benda ni tidak tertulis dalam kamus. Masa aku masih Tingkatan 4 dulu, aku, sama seperti mereka, pun tidak tau LOL tu apa time aku tengah chatting dengan seorang budak England. Tapi akhirnya, aku dah mula memenuhi ilmu short form dan ilmu akronim ni lepas aku bergiat dalam bidang chatting, friendster, facebooking dan twitter. Orang yang rajin sms pun wajib ada pengetahuan ini untuk menjimatkan ruang dan masa.
Okay, untuk pengetahuan adik-adik junior sekalian, biar aku, sebagai akak senior yang prihatin akan menyediakan satu rujukan untuk akronim-akronim yang adik tak pasti tu kat sini. Mana la tau, kot-kot nanti ada lelaki komen LOL kat status adik, habis adik perasan ingat dia syok kat adik la kan. Sebelum tragedi perasaan perasan perasantan macam tu terjadi, baik akak menolong di sini. Lebih baik mencegah daripada mengubati, kan?
TRANSLASI UNTUK AKRONIM YANG TIDAK TERDAPAT DALAM KAMUS MAHUPUN DICTIONARY
LOL = Laughing out Loud (ini bukan lots of love. Ulang suara, bukan ye adik-adik)
ROFL= Rolling on the Floor Laughing
LMAO = Laughing My Ass Off
IMHO = In my Humble Opinion
BRB = Be Right Back
Ha.. kan dah tau dah. Hehe. Jangan salah aplikasi dan terkantoi pula.
Kalau bertanya pun, biar kat sumber yang betul. Yang tanya kat adik seorang tu yang memandai jawab lots of love tu yang aku tak boleh blah. XD
LOL X 10 kali!!!
LOL X 10 kali!!!
Updated: Terima kasih diucapkan kepada saudara Wilson dan saudari Step sebab cakap pasal dictionary yang ada bagi penerangan untuk akronim-akronim di atas. *wink2*. Jika anda nak cari maksud akronim-akronim dalam Bahasa Inggeris yang anda kureng faham, anda boleh melayari urbandictionary atau dictionary.com untuk mengetahui maksud akronim tersebut.. ;)
No comments:
Post a Comment